PROGRAM E-TUTOR 2014
Mar 2014 - Kesinambungan kepada Program 'Train The Trainers' yang diadakan pada 11 Januari 2014, Program E-Tutor telah bermula pada bulan Mac 2014 hingga Ogos 2014, iaitu selama 6 bulan dengan penumpuan kepada subjek Matematik dan Sains.
8 Sekolah Kebangsaan Zon Sentul telah menyertainya dengan setiap sekolah menghantar 20 murid tahun 6, memberikan jumlah murid yang mengikuti program ini keseluruhannya adalah seramai 160 murid.