PROGRAM 'TRAIN THE TRAINERS'

11 Januari 2014 - Pada hari ini telah berlangsung program 'Train The Trainers' di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk guru-guru dari 8 Sekolah Kebangsaan Zon Sentul yang akan mengikuti e-Tutor bagi tahun 2014 yang ditaja oleh LA21KL dan Yayasan Bank Rakyat. 

Sekolah yang terlibat adalah :
  1. Sekolah Kebangsaan Sentul 1
  2. Sekolah Kebangsaan Sentul 2
  3. Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1
  4. Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 2
  5. Sekolah Kebangsaan Seri Nilam
  6. Sekolah Kebangsaan Batu Muda
  7. Sekolah Kebangsaan La Salle 1
  8. Sekolah Kebangsaan La Salle 2
Guru-guru ini telah diajar oleh pengajar dari syarikat pembekal e-Tutor sendiri, iaitu bagaimana hendak menggunakan aplikasi online e-Tutor serta soal jawab jika ada permasalahan.