MAJLIS TAKLIMAT YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTRA DAN HALA TUJU PENDIDIKAN SELEPAS SPM

12 September 2015 - Pada hari ini telah berlangsung Majlis Taklimat Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputra dan Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM. Majlis ini melibatkan pelajar-pelajar, guru-guru Kaunselor dan Ibubapa dari kawasan Batu tentang meninjau peluang dan merancang peta jalan pelajar-pelajar lepasan UPSR & SPM serta peluang bantuan biasiswa pendidikan.

Program kerjasama di antara Muafakat Sentul, Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul, Yayasan Peneraju, Perunding Hala Tuju Pendidikan dan DBKL telah berlangsung di Dewan Perdana SK Sentul 1 pada 12 September 2015.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Nor Ayu Adeni. Ketua Unit HEM Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul yang sudi hadir merasmikan program, YM Raja Azura Raja Mahayuddin CEO Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan rakannya En Azrul izwan Amir Nazarullah serta En. Mustaffa Abdullah dari Kaunselor Hala Tuju Pendidikan yang memberi taklimat dan ceramah. 

Diharapkan program kali ini telah memberi manfaat kepada pelajar dan ibu bapa yang hadir. Terima kasih kepada semua pelajar dan ibubapa yang hadir dan semua ahli Muafakat Sentul yang berkerja keras menjayakan program ini. Didoakan segala usaha kita di terima Allah sebagai amal jariah!