KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR 2009

17 - 21 November 2008 - Pada hari ini, PIBG dari 4 sekolah kawasan Sentul iaitu PIBG Sekolah Kebangsaan Sentul 1, PIBG Sekolah Kebangsaan La Salle 1, PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Nilam dan PIBG Sekolah Kebangsaan Batu Muda telah bersama-sama menganjurkan Program Kecemerlangan UPSR 2009.

Program lima hari ini telah diadakan di Dewan Permata SK Sentul 1 dengan membawa dua pengisian iaitu Sesi Ulangkaji Intensif dan Qiamullail.