SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2007

29 Ogos 2007 - Pada hari ini, buat julung kalinya, PIBG dari tiga sekolah kawasan Sentul iaitu PIBG Sekolah Kebangsaan Sentul 1, PIBG Sekolah Kebangsaan Sentul 2 dan PIBG Sekolah Kebangsaan La Salle 1 telah menganjurkan program bersama Solat Hajat Perdana UPSR 2007.

Program ini telah mendapat kerjasama dari Jawatankuasa Masjid AlHidayah Sentul dimana ke semua sesi dijalankan di dewan masjid itu sendiri, mulai pukul 6.00 petang sehingga 10.00 malam.

Kami dengan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sekolah-sekolah yang terlibat serta Jawatankuasa Masjid AlHidayah Sentul kerana telah membantu kami dalam menjayakan program ini.