KEJOHANAN FUTSAL LEPASAN UPSR 2013
13 November 2013 - Pada hari ni telah berlangsung Kejohanan Futsal Lepasan UPSR 2013 untuk murid-murid tahun 6 yang telah tamat menjalani peperiksaan UPSR mereka. Program tajaan Local Agenda 21 KL ini telah diadakan di Gelanggang Futsal UTC Sentul.
Terdapat 12 pasukan dari 8 Sekolah-Sekolah Rendah Zon Sentul telah turut menyertainya iaitu :
- Sekolah Kebangsaan Sentul 1
- Sekolah Kebangsaan Sentul 2
- Sekolah Kebangsaan Seri Nilam
- Sekolah Kebangsaan Batu Muda
- Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1
- Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 2
- Sekolah Kebangsaan La Salle Sentul 1
- Sekolah Kebangsaan La Salle Sentul 2