PROGRAM DI AMBANG PMR 2012

12-17 Disember 2011 - Pada hari ini telah berlangsung Program Di Ambang PMR 2012 yang dianjurkan oleh Local Agenda 21 Kuala Lumpur di bawah tema Bandar Raya Sejahtera serta Projek Bintang Cemerlang : Program Kesedaran.


Muafakat Sentul bertindak sebagai pelaksana majlis dengan menjemput Sekolah - Sekolah Menengah Zon Sentul melalui kerjasama dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Para peserta adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 dimana dua sesi pengisian telah dijalankan sepanjang 6 hari berlangsung iaitu :
  1. Sesi Ulangkaji Intensif Sukatan Pelajaran Tingkatan 1 dan 2
  2. Sesi Al Mathurat, Kuliah Maghrib, Bacaan Yassin dan Qiamullail
Muafakat Sentul merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini.