PROGRAM KEMPEN PT3

7 - 10 Julai 2014 - Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 mentransformasikan pendidikan telah memasuki fasa seterusnya iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) setelah 3 tahun diperkenalkan.

Kini peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah diperkenalkan bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan dilaksanakan bermula bulan Julai 2014 hingga Oktober 2014.

Bagi memberi kefahaman kepada semua ibubapa tingkatan 3, suatu inisiatif dari Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul (PPWS) yang ingin memberikan penerangan kepada semua ibubapa tentang perlaksanaan PT3. Maka satu Program Kempen PT3 Jom Ke Sekolah telah direncana untuk dilaksanakan.

Roadshow telah diadakan oleh Muafakat Sentul di 22 buah sekolah selama 4 hari berturut-turut bermula 7-10 julai 2014 dari pukul 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari.

Permuafakatan memulakan langkah berkempennya dengan :
  1. mengadakan pertemuan dengan Pengetua atau Penolong Kanan sekolah terlebih dahulu disusuli dengan sesi berkenalan dengan sedikit penerangan mengenai latarbelakang Muafakat Sentul.
  2. memaklumkan tentang surat pertauliahan dan menandatangani Buku Pelawat
  3. sesi perjumpaan dengan pelajar-palajar tingkatan 3 diadakan semasa perhimpunan sekolah ataupun dari kelas ke kelas yang diaturkan oleh pihak sekolah
  4. AJK Permuafakatan secara bergilir-gilir akan berkempen selama 15 minit menyeru agar pelajar-pelajar tidak ponteng ke sekolah bermula 1 – 18 Julai semasa Kajian Kes Sejarah dan Geografi di jalankan
  5. Penyerahan banner Kempen PT3 Jom Ke Sekolah kepada Pengetua atau wakilnya
  6. Memasang banner di lokasi strategik disetiap sekolah dengan keizinan oleh Pengetua