LAWATAN PENANDA ARAS : SK SERI MAKMUR

13 September 2014 - Untuk memantapkan lagi peranan PIBG di Wilayah Sentul selaras dengan Anjakan ke 9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, suatu initiatif dari Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul telah membawa keluar PIBG sekolah rendah Wilayah Sentul ke Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, Sungai Besar, Selangor D.E. 

Ia bertujuan untuk melihat dan berkongsi pengalaman dan pencapaian sekolah berkenaan sebagai pemenang Anugerah PIBG Cemerlang Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar di Peringkat Kebangsaan.

Lawatan Penanda Aras ini bertujuan memberikan pendedahan kepada Jawatankuasa PIBG tentang contoh pengurusan PIBG yang baik melalui interaksi dan perkongsian dengan PIBG yang sememangnya terbukti cemerlang.

Di samping mendapat pendedahan daripada sebuah sekolah yang berjaya melaksanakan Sarana Ibubapa dan Sarana Sekolah dengan penyertaan komuniti/masyarakat, ibubapa dan guru-guru dengan jayanya, lawatan ini juga dapat mewujud dan merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan PIBG di Wilayah Sentul.

Bagi mereliasasikan impian menjadi kenyataan, PPW Sentul dengan kerjasama Permuafakatan Ibubapa Prihatin Sentul telah mengendalikan Program Lawatan Penanda Aras ini pada 13 September 2014. Seramai 44 peserta dari pelbagai sekolah telah turut serta.