SEMINAR KEFAHAMAN PENDIDIKAN UNTUK IBU BAPA

7 Ogos 2010 - Pada hari Sabtu ini, kami telah dijemput untuk menghadiri Seminar Kefahaman Pendidikan Untuk Ibu Bapa oleh Local Agenda 21 Kuala Lumpur.

Jemputan sebagai rakan kongsi LA21KL ini telah diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur, bermula pukul 8.00 pagi. Antara pengisian yang dikongsikan bersama adalah Pendidikan Awal Sekolah Rendah.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada LA21KL kerana telah sudi menjemput ahli-ahli kami. Semoga ilmu yang diterima dapat dimanafaatkan oleh setiap ahli untuk diketengahkan kepada sekolah masing-masing.