KEJOHANAN FUTSAL PIALA BINTANG CEMERLANG 2015
10 Oktober 2015 - Pada hari ini telah berlangsung Kejohanan Futsal Piala Bintang Cemerlang bersempena Hari Sukan Negara di Gelangang Futsal DBKL- Mini UTC Bandar Baru Sentul.
Kejohanan ini disertai oleh 16 buah pasukan dari sekolah kebangsaan disekitar Wilayah Persekutuan untuk pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2015. Kejohanan ini mendapat penajaan dari Local Agenda 21 KL, DBKL Cawangan Batu dan YTL Group serta kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan.
Kejohanan ini juga merupakan Kejohanan Piala Pusingan buat kali kedua di bawah kendalian Muafakat Sentul selepas pertama kali diadakan pada tahun 2013. Kali ini, juara kejohanan adalah dari pasukan SK Intan Baiduri.