PECUTAN AKHIR UPSR 2015

29 Ogos 2015Alhamdulillah satu lagi program dilaksanakan dengan jayanya oleh Muafakat Sentul. Kali ini program Pecutan Akhir UPSR 2015 yang telah diadakan di Dewan Tan Sri Sheikh Ahmad di tingkat 3 Menara Bank Rakyat, Jalan Travers Kuala Lumpur pada 29 Ogos lalu. 

Program dianjur dan ditaja bersama oleh Yayasan Bank Rakyat dan sekretariat LA21KL DBKL. Seramai 139 murid telah menyertai program ini. 

Terima kasih diucapkan kpd Pn K. Kumutha yang mengendalikan slot Sains dan En. Nazri Abdullah yang mengendalikan subjek matematik. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli ahli Muafakat Sentul yang telah sanggup turun menjayakan program ini. 

Terima kasih juga kepada warga PPW Sentul ,JPWP KL, pentadbir sekolah sekolah dan ibu bapa terlibat yang menyokong dan menjayakan program ini. Didoakan usaha kita membuahkan hasil yang di idamkan.