MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN 
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PIBG ZON SENTUL 2016

7 November 2016 - Sekali lagi, Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul telah memberi kepercayaan kepada Muafakat Sentul untuk turut bersama menyelaras Majlis Penyampaian Sijil dan Perkongsian Amalan Terbaik PIBG Zon Sentul 2016.

Majlis telah diadakan di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimana 3 sekolah telah dipilih untuk mempersembahkan amalan PIBG mereka iaitu SK St Mary, SK Sentul 1 dan SMA Kuala Lumpur.