PROGRAM PECUTAN AKHIR UPSR 2016

20 Ogos 2016 - Permuafakatan Ibu Bapa Prihatin Sentul telah menganjurkan program pecutan akhir UPSR 2016 bertempat di Auditorium Elyas Omar Perpustakaan Kuala Lumpur.

Seramai 150 murid tahun enam dari sekolah sekitar Zon Sentul terlibat dalam program sehari itu.

Tujuan utama program adalah untuk membantu murid menghadapi UPSR tidak lama lagi dan membantu pihak sekolah mencapai kecemerlangan terutamanya bagi sekolah-sekolah Zon Sentul ini.

Program ini telah mendapat tajaan penuh oleh pihak Yayasan Bank Rakyat serta LA21 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah program e-Bandaraya. Manakala kerjasama diterima daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari segi tenaga penceramah.

Pemfokusan telah diberikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Bahasa Inggeris.