MUTIARA GEMILANG UPSR 2015
Feb - Sept 2015 - Program ”Mutiara Gemilang UPSR 2015” adalah satu program kerjasama unik kemasyarakatan di antara Permuafakatan Ibubapa Prihatin Sentul, Kolej Unikop dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur). Perancangan program ini bertujuan meningkatkan kualiti pencapaian murid-murid darjah 6 di Zon Sentul khususnya di kawasan masyarakat sekitar Kolej Unikop dari segi pencapaian 5A serta memaksimumkan prestasi kelulusan dan peratus (%) lulus ABC murid-murid Tahun 6.
Di samping kecemerlangan dalam akademik, aspek kerohanian dan jasmani juga tidak diabaikan. Kecemerlangan murid-murid dalam akademik dan sahsiah yang mulia merupakan aset penting ke arah mencapai Wawasan 2020 . Mereka akan menjadi modal insan yang sangat berguna kepada negara. Mereka nanti akan mampu membina negara yang maju berteknologi tinggi dan setanding dengan negara maju yang lain.
Berlandaskan hakikat tersebut, Persatuan Permuafakatan Ibubapa Prihatin Sentul dengan jaringan kerjasama Kolej Unikop dan Semashur merancang program julung kali ini untuk mencapai aspirasi Pendidikan Negara serta meningkat percapaian taraf pendidikan anak-anak di kawasan Sentul. Pencapaian dan peningkatan prestasi murid-murid yang mengikuti program ini dalam UPSR bakal menentu aras kemajuan serta hala tuju program ini di masa akan datang.
Terkini : Ucapan terima kasih istimewa untuk Cikgu Roslee, Cikgu Armanizam, Cikgu Nazri dan Cikgu Faizah diatas kesudiaan mengendalikan kelas-kelas tersebut selama 223 jam secara keseluruhannya.