ANUGERAH PIBG CEMERLANG PPW SENTUL 2014

14 November 2014 -  PIBG merupakan rakan strategik KPM bagi menyediakan ruang dan peluang kepada  ibu bapa/penjaga turut serta terlibat mempertingkatkan usaha membangunkan modal insan selaras dengan konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. PIBG menjadi pemangkin dalam usaha meningkatkan penglibatan dan kerjasama ibu bapa,komuniti dan agensi swasta  dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Wilayah Sentul bertujuan untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada PIBG di Wilayah Sentul yang telah membuktikan kemampuan mengurus PIBG dengan berkesan dan berkualiti . Penganugerahan ini sudah pasti menjadi pemangkin kepada PIBG dalam Wilayah Sentul untuk terus meningkatkan kualiti pengurusan PIBG dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan membangunkan modal insan melalui sistem persekolahan.

Majlis Anugerah ini juga menggambarkan keprihatinan dan kesungguhan PPW Sentul sebagai mengiktiraf kepentingan sumbangan serta peranan PIBG bersama-sama dalam menjayakan Anjakan ke 9 agenda Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia khususnya dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif baharu yang dicetuskan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan.

PIBG telah disenaraipendekkan melalui penilaian kendiri menggunakan Instrumen Penilaian PIBG Cemerlang (IP-PIBG) . 3 PIBG dari sekolah rendah dan 3 PIBG dari sekolah menengah telah  dipilih sebagai pemenang di peringkat Wilayah Sentul.

 Satu Pasukan Penilai telah  membuat lawatan ke sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti untuk membuat penilaian dan verifikasi.Pemilihan berdasarkan jumlah skor terdekat yang diperolehi oleh sekolah tersebut. Penilaian oleh Pasukan Penilai adalah Menggunakan Instrumen Penilaian PIBG Cemerlang (IP PIBG) yang membawa markah wajaran 80 %.

Setiap sekolah yang dinilai perlu membuat pembentangan selama 10 minit. Pembentangan yang dibuat berdasarkan  Borang Penilaian Pembentangan PIBG Cemerlang (IP-PIBG). Pembentang mestilah terdiri daripada sama ada  YDP PIBG  atau NYDP PIBG  atau AJK PIBG dalam kalangan ibu bapa. Pembentangan ini membawa markah wajaran 20 %.
                       
Tiga (3) PIBG sekolah rendah dan tiga (3) PIBG sekolah menengah dinilai oleh Pasukan Penilai yang terdiri daripada:

Ketua   :     Pn. Noriah binti Hj. Mohd Shah
                   Pegawai PIBG PPW Sentul
AJK        :    i.   Mohammad Ritzaudeen bin Mohamad Tahir
                          YDP PIBG SMA MAIWP KL
                     ii. YM Raja Abd Rahman bin Raja Omar
                          Ketua Biro Pendidikan PIBG SMK Aminuddin Baki     
                                                                                   
Satu (1) PIBG sekolah terbaik bagi setiap kategori akan dicalonkan ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  untuk tujuan verifikasi dan pemantauan di peringkat negeri.  

Pemenang bagi kategori Sekolah Rendah :
Johan - Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 2
Naib Johan - Sekolah Kebangsaan Sentul 1
Ketiga - Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil St Joseph

Pemenang bagi kategori Sekolah Menengah :
Johan - Sekolah Menengah Kebangsaan St Mary
Naib Johan - Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama
Ketiga - Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Jalan Ipoh