PERJUMPAAN MESRA 'NASI LEMAK KOPI O' BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH MENENGAH WILAYAH SENTUL

14 Mei 2016 - Pada hari in, Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul dengan kerjasama Muafakat Sentul telah mengadakan sesi perjumpaan mesra bersama Yang DiPertua PIBG sekolah menengah Wilayah Sentul yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul. 

Seramai 27 peserta yang terdiri daripada YDP atau wakil, ahli Muafakat, PPWS, JPWPKL dan jemputan telah menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Pn Noriah Binti Hj Mohd Shah manakala para jemputan adalah En Amiruddin Bin Sahudi (SK Setiawangsa), En Faizal Bin Mohammad Arshad (SK Desa Pandan) dan Cik Hanifah Binti Mat Yusoff (JPWPKL).