DIDIK RAKYAT SPM 2014
18 - 19 Oktober 2014 - Program Didik Rakyat SPM adalah sebuah bengkel teknik menjawab peperiksaan SPM bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah serta sesi motivasi yang berlangsung di Dewan Mestika Institut Latihan DBKL, Bandar Tun Razak, Cheras selama 2 hari pada 18-19 Oktober 2014.
Program yang mendapat tajaan dari Yayasan Bank Rakyat, LA21 Kuala Lumpur, Berita Harian dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pelajaran Wilayah Persekutuan dan Permuafakatan Ibubapa Prihatin Sentul Kuala Lumpur yang bertindak sebagai urusetia.
Program mensasarkan seramai 250 orang pelajar Tingkatan 5 dari sekolah-sekolah menengah sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dengan 3 pengisian iaitu :
- Persediaan menghadapi peperiksaan SPM.
- Ceramah dikendalikan oleh guru yang menggubal soalan dan pemeriksa kertas jawapan.
- Slot motivasi pelajar untuk memberi semangat kepada pelajar dan persediaan dari segi mental dan fizikal sebelum menghadapi peperiksaan.