PENUBUHAN RASMI PERSATUAN PERMUAFAKATAN IBU BAPA PRIHATIN SENTUL
29 September 2014 - Pada tahun 2007, penubuhan persatuan oleh beberapa orang ibubapa yang prihatin dikalangan masyarakat Sentul adalah untuk memantapkan pendidikan anak-anak dan seterusnya membestarikan masyarakat Sentul.
Pada hari ini, telah bermula lagi satu sejarah dimana dengan rasminya, Persatuan Permuafakatan Ibu Bapa Prihatin Sentul telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-007-14-29092014.
Semoga kejayaan bagi masyarakat Sentul untuk bersepakat dan bermuafakat demi kepentingan bersama serta mewujudkan organisasi/persatuan yang formal dapat membantu persatuan menjalankan lebih banyak aktiviti lagi.